10/03/10

Antara Bulan Dan Mentari..

Sometimes I feel lonely...
My Queen sometime makes me dizzy.
Sebenarnya aku masih belum memahami diri sendiri untuk memahami orang lain. Dan aku masih belum menyanyangi diri sendiri sepenuhnya untuk menumpahkan diri pada orang lain..Ayat apa yang merepek ni..
Cuti nanti mana ya nak pergi? Rasanya dari utara sampai ke selatan, semua dah pergi...Nak lepak rumah sambil minum teh o ais peach dan rasa bosan, sebab keseorangan tak berteman.
Ni antara gambar terbaru yang ada dalam simpanan...masa kat Melaka Eyes On Malaysia...Takde yang best sangat, cuma dapat meluangkan masa sahaja bersama orang tersayang. Ada cadangan mana lagi tempat yang best tapi kurang promosi...tempat yang dah dipromosi memang dah pergi semuanya...

9/03/10

Kenangan Semalam

Bila buka facebook, terjumpa kawan lama masa kat universiti, dan kat maktab, ramai yang dah berkeluarga dan lebih ramai yang masih bujang tut tut. Rasanya laa....kalau nak buat reunion dah tak dapat, kalau ada jodoh jumpa la, kalau tak jumpa hari ni, esok masih ada.
Ni gambar masa sambutan hari raya di IPKB bersama En Zamri Baba yang selalu menyebut " BELAKE PARGHE". Mana perginya semua kawan? Betul orang kata, mati esok kita sorang-sorang je kat kubur, tapi kita hidup bermasyarakat, kena la ada kawan.

5/03/10

Bekerja, Mengerjakan, Dikerjakan

I think the simplest job is teacher. But it's a lie among a lie..
Kekadang aku rasa  tekanan yang diterima tidak sepadan dengan gaji..Bukan nak nafikan yang gaji lama aku lagi tinggi, tapi tak berbaloi dengan kerja yang diamanahkan. Dengan mengajar 30 masa seminggu semuanya English, menjadi penyelaras data, ketua panitia, ketua unit kantin sekolah....ternyata ianya memenatkan jasmani dan mengganggu fikiran. Betul kata orang, senang nak mengajar tapi susah nak bagi orang faham.Ontah la...Di perkampungan orang asli ini aku baru tau bukan senang untuk hidup dengan serba kedaifan dan ditinggalkan teknologi.Menggunakan bahasa semelai sebagai bahasa utama, bahasa melayu sebagai bahasa kedua, dan bahasa inggeris cukup asing bagi golongan emas.Nasib baik permaisuri tersayang ada bersama, kalau tak naya la aku nak makan apa kat sini.

 
Anak-anakku yang tersayang
Apakah nasib mereka kelak? Ada yang masih belum mengenali komputer. Ada yang tidak fasih berbahasa melayu.Walau apapun, aku gembira dengan kerja ini. Gembira dan puas hati, mendapat kepuasan bila nampak kejayaan anak didikku yang tersayang.
 

sir wan shahrol © 2008. Design By: SkinCorner