Ini sudah tahun ke-3 aku di kampung ini, berhadapan masyarakat asli yang hebat, berbudi dan peramah. Kalau diikutkan hati, memang aku seronok tinggal di sini, tapi bila berhadapan dengan manusia-manusia celaka yang berada dalam pagar sekolah, aku jadi putus asa. Walaupun hanya sebilangan kecil sahaja yang membuat masalah di dalam pagar sekolah yang kecil ini, tp masalah-masalah ayng ditimbulkan selalunya menjadi besar. Memang dasar, manusia memang susah nak nampak kesalahan sendiri, apa lagi nak ditegur. Bak kata seorang guru agama yang aku kenal, beliau berpesan...jaga perilaku, jangan perasan, jangan nak menunjuk, kerana kita tak perlu menunjuk kerana orang tetap kenal kita. Manusia tidak akan merasa dirinya yang terbaik, tetapi selalu merasakan dirinya lebih baik sedikit daripada komuniti kecil keluarganya, atau sekitarnya..Bila difikir dalam-dalam, memang sangat tepat apa yang dikatakan beliau dulu. Dan aku terlintas pesan bekas seorang guru di sini, "kalau nak duduk sekolah ini, jangan jadi baik sangat, kerana apa yang kita buat baik sebanyak manapun, orang sini xkan pandang, tetapi bila buat jahat sekali sahaja, sampai ke lubang kubur manusia di sekolah ini akan bercerita.
Keseronokan aku berkerja di sini dihalang oleh anasir-anasir yang sangat mencabar aku, seronok dengan murid-murid, seronok dengan kehidupan di sini yang tidak seperti di pekan yang serba lengkap, tapi sangat sakit hati dengan perangai sebilangan manusia yang hanya pandai berkata-kata, berlagak, dan menudung jari ke arah kita.
Hwang Hann Wei berbaju melayu,bertanya sesuatu kepada Thiaga...Kami hidup di sini dengan penuh harmoni tanpa mengira adat dan agama. Kami di sini hidup bersama, melayu, cina, india dan asli semelai.Tapi mengapa selalu ada manusia yang hasad?
Berdiri dari kiri : Murad Yuk Yok, Abdul Karim Shafie (GB), Ismail Ghazali (PK1), Irwan Farid Idris, Nordin Chak ( GPK HEM aka Batin Muda), Hairul Amir Ibrahim , Hwang Hann Wei, Ramli Gaisun, Hj Wan Azhar Wan Ahmad (PAS 2020), Wan Shahrol Bin Wan Hasan, Saied Mubarak Saied Jamalullail, Thiagarajan Naidu.
Duduk Dari kiri : Norazalina, Nor Hajariah, Hjh Azidah (GPK ko), Emi Redziana, Hjh Saedah, Hafeeza Hafsah.
Gambar ini menyatakan segalanya.Kami bersatu. Bolehkah kita nak bezakan asli dan melayu berdasarkan gambar ini? Kita semua sama..tetapi mengapa harus ada sangketa?
skuad negeri sembilan sukan sekolah orang asli 2009. Kami juara.Anak-anak yang belum mengerti makna hidup ini, siapa yang akan mendidik mereka andainya kita asyik berperang?
17/04/10
Langgan:
Catatan (Atom)