17/04/10

SEKOLAHKU SYURGAKU DUNIAKU

Ini sudah tahun ke-3 aku di kampung ini, berhadapan masyarakat asli yang hebat, berbudi dan peramah. Kalau diikutkan hati, memang aku seronok tinggal di sini, tapi bila berhadapan dengan manusia-manusia celaka yang berada dalam pagar sekolah, aku jadi putus asa. Walaupun hanya sebilangan kecil sahaja yang membuat masalah di dalam pagar sekolah yang kecil ini, tp masalah-masalah ayng ditimbulkan selalunya menjadi besar. Memang dasar, manusia memang susah nak nampak kesalahan sendiri, apa lagi nak ditegur. Bak kata seorang guru agama yang aku kenal, beliau berpesan...jaga perilaku, jangan perasan, jangan nak menunjuk, kerana kita tak perlu menunjuk kerana orang tetap kenal kita. Manusia tidak akan merasa dirinya yang terbaik, tetapi selalu merasakan dirinya lebih baik sedikit daripada komuniti kecil keluarganya, atau sekitarnya..Bila difikir dalam-dalam, memang sangat tepat apa yang dikatakan beliau dulu. Dan aku terlintas pesan bekas seorang guru di sini, "kalau nak duduk sekolah ini, jangan jadi baik sangat, kerana apa yang kita buat baik sebanyak manapun, orang sini xkan pandang, tetapi bila buat jahat sekali sahaja, sampai ke lubang kubur manusia di sekolah ini akan bercerita.
Keseronokan aku berkerja di sini dihalang oleh anasir-anasir yang sangat mencabar aku, seronok dengan murid-murid, seronok dengan kehidupan di sini yang tidak seperti di pekan yang serba lengkap, tapi sangat sakit hati dengan perangai sebilangan manusia yang hanya pandai berkata-kata, berlagak, dan menudung jari ke arah kita.
Hwang Hann Wei berbaju melayu,bertanya sesuatu kepada Thiaga...Kami hidup di sini dengan penuh harmoni tanpa mengira adat dan agama. Kami di sini hidup bersama, melayu, cina, india dan asli semelai.Tapi mengapa selalu ada manusia yang hasad?

 Berdiri dari kiri : Murad Yuk Yok, Abdul Karim Shafie (GB), Ismail Ghazali (PK1), Irwan Farid Idris, Nordin Chak ( GPK HEM aka Batin Muda), Hairul Amir Ibrahim , Hwang Hann Wei, Ramli Gaisun, Hj Wan Azhar Wan Ahmad (PAS 2020), Wan Shahrol Bin Wan Hasan, Saied Mubarak Saied Jamalullail, Thiagarajan Naidu.
Duduk Dari kiri : Norazalina, Nor Hajariah, Hjh Azidah (GPK ko), Emi Redziana, Hjh Saedah, Hafeeza Hafsah.

Gambar ini menyatakan segalanya.Kami bersatu. Bolehkah kita nak bezakan asli dan melayu berdasarkan gambar ini? Kita semua sama..tetapi mengapa harus ada sangketa?

skuad negeri sembilan sukan sekolah orang asli 2009. Kami juara.Anak-anak yang belum mengerti makna hidup ini, siapa yang akan mendidik mereka andainya kita asyik berperang?

10/03/10

Antara Bulan Dan Mentari..

Sometimes I feel lonely...
My Queen sometime makes me dizzy.
Sebenarnya aku masih belum memahami diri sendiri untuk memahami orang lain. Dan aku masih belum menyanyangi diri sendiri sepenuhnya untuk menumpahkan diri pada orang lain..Ayat apa yang merepek ni..
Cuti nanti mana ya nak pergi? Rasanya dari utara sampai ke selatan, semua dah pergi...Nak lepak rumah sambil minum teh o ais peach dan rasa bosan, sebab keseorangan tak berteman.
Ni antara gambar terbaru yang ada dalam simpanan...masa kat Melaka Eyes On Malaysia...Takde yang best sangat, cuma dapat meluangkan masa sahaja bersama orang tersayang. Ada cadangan mana lagi tempat yang best tapi kurang promosi...tempat yang dah dipromosi memang dah pergi semuanya...

9/03/10

Kenangan Semalam

Bila buka facebook, terjumpa kawan lama masa kat universiti, dan kat maktab, ramai yang dah berkeluarga dan lebih ramai yang masih bujang tut tut. Rasanya laa....kalau nak buat reunion dah tak dapat, kalau ada jodoh jumpa la, kalau tak jumpa hari ni, esok masih ada.
Ni gambar masa sambutan hari raya di IPKB bersama En Zamri Baba yang selalu menyebut " BELAKE PARGHE". Mana perginya semua kawan? Betul orang kata, mati esok kita sorang-sorang je kat kubur, tapi kita hidup bermasyarakat, kena la ada kawan.

5/03/10

Bekerja, Mengerjakan, Dikerjakan

I think the simplest job is teacher. But it's a lie among a lie..
Kekadang aku rasa  tekanan yang diterima tidak sepadan dengan gaji..Bukan nak nafikan yang gaji lama aku lagi tinggi, tapi tak berbaloi dengan kerja yang diamanahkan. Dengan mengajar 30 masa seminggu semuanya English, menjadi penyelaras data, ketua panitia, ketua unit kantin sekolah....ternyata ianya memenatkan jasmani dan mengganggu fikiran. Betul kata orang, senang nak mengajar tapi susah nak bagi orang faham.Ontah la...Di perkampungan orang asli ini aku baru tau bukan senang untuk hidup dengan serba kedaifan dan ditinggalkan teknologi.Menggunakan bahasa semelai sebagai bahasa utama, bahasa melayu sebagai bahasa kedua, dan bahasa inggeris cukup asing bagi golongan emas.Nasib baik permaisuri tersayang ada bersama, kalau tak naya la aku nak makan apa kat sini.

 
Anak-anakku yang tersayang
Apakah nasib mereka kelak? Ada yang masih belum mengenali komputer. Ada yang tidak fasih berbahasa melayu.Walau apapun, aku gembira dengan kerja ini. Gembira dan puas hati, mendapat kepuasan bila nampak kejayaan anak didikku yang tersayang.

28/02/10

ALAMAK!!

rasanya ini blog ke-3 yang aku pernah buat...sebenarnya aku tatau sangat nak wat blog nie...dalam hati ada jgk teringin.tp sekurang-kurangnya ini percubaan yang ke-3..harap-harap berjaya laa..boleh tahan sampai lima tahun pun kira ok la...

Kepada kawan-kawan yang masih mengenali aku, tetapi lupa wajah ensem aku...ini la gambar aku pada tahun 2008.ni masa aku bercuti kat Tanah Tinggi Cameron...Sejuk jgk la pada malam hari sehingga air teh o akupun jadi beku, tapi lepas aku letak dalam peti sejuk la.rasanya lepas daripada hari tersebut aku dah tak simpan gambar dah...perangai aku tetap sama macam dulu....

kekadang teringat kawan sekolah, kawan universiti, kawan maktab....dan kawan apa lagi ntah akupun dah tatau..

sebenarnya akupun tatau nak tulis apa, jadi akupun tatau apa yang aku tulis.
 

sir wan shahrol © 2008. Design By: SkinCorner